Dalam keadaan basah kuyup, Mellina cepat-cepat berlari menuju ke arah kereta. Baru sekejap tadi di singgah ke kedai mamak tapi sekejap je dah hujan.
Hajat dia selepas kerja terus ingin balik ke rumah. Hazimilah yang mengada-ngada meminta dia membelikan 2 batang highlighter berwarna kuning dan hijau. Ambik kesempatan betul! Tak pasal-pasal nanti dia demam. Bukan dia tak tahu yang dia ni sangat alergik dengan hujan. Kena hujan sikit mulalah sakit kepala.
Takpe-takpe, nanti dia boleh paksa adik dia tolong urut kepala kakak kesayangan ni sebagai upah. Muehehe! Perasan betul. Mellina ketawa geli hati.
Kereta Mellina laju menyusup meninggalkan kawasan itu. Dia ingin cepat-cepat sampai ke rumah.
------
00:11 am
Kepala Mellina mula berdenyut. Salah satu daripada tanda-tanda yang dia akan demam sudah muncul. Kemudian penglihatan dia mulai kabur, pegangan stereng pula tak stabil.
Mellina mula risau. Dalam hati dia tidak putus-putus memanjatkan doa. Harap-harap tiada apa-apa yang berlaku.
Tiba-tiba..
-BAM!-
Satu perlanggaran berlaku. Jantung Mellina mula berdegup pantas! Ya Allah, ujian apakah yang aku perlu hadapi kali ni?
Dia terlanggar orang ke? Tak... tak mungkin! Cepat-cepat dia keluar dari kereta. Kelihatan langsung tiada kereta lalu lalang di situ. Dia hanya ditemani oleh cahaya lampu jalan.
Mellina meneliti setiap kawasan kejadian. Manalah tahu dia dapat menjumpai mangsa. Di atas, di bawah kereta, di tepi-tepi jalan sekali dia mencari! Tetapi Hampa! Tiada apa-apa pun di situ. Mungkin paling tidak pun pasti ada kesan-kesan darah di atas jalan raya.
"Pelik.." dia berkata perlahan.
Saat itu dia mula bertanya kepada diri sendiri.
'Kau pasti ke apa yang kau langgar tadi tu adalah orang?' kata-kata hati mula berbicara.
'Ataupun, han...'
-VROOM!-
Kalini Mellina tidak berdiam lama di situ. Selepas membolos ke dalam kereta dia terus membawa kereta macam pelesit. Sakit kepala yang ditanggung sejak tadi terus dilupakan.
"Mama, papa, Hazimi!"
------
"Ouch ouch ouch..." Ren mengaduh kesakitan. Dia mengurut-urut perut, rasa senak giler. Apa bendalah yang langgar aku tadi tu? Dia cuba flashback insiden tadi.
-BAM!-
Bunyi kuat bertembung antara kereta dengan dia tersebut kembali menerjah ke kotak memori.
"Oh ye.. aku berlanggar dengan kereta tadi." Ren berkata dengan selamba. Seolah-olah perkara tersebut sudah biasa berlaku terhadap dirinya.
Dan akibat pertembungan tadilah di tersadai di atas pokok mangga.
"Celaka..."
Ren meneliti setiap inci tubuhnya. Macam biasa, tiada apa-apa yang cedera.
Macam mana nak cedera kalau jasad di hospital. Hanya roh dia saja yang berlegar-legar.
Dia melompat ke bawah.
"Agaknya kalau badan aku betul-betul kena langgar tadi, kompem dah 'jalan'."
No comments:
Post a Comment