Sunday 30 December 2012

Dalam proses... mewarna anime!

Aku rasa dalam bulan ni nak masuk dua kali aku post pasal melukis anime. Namun satu bende yang aku lemah adalah bab mewarna. Percayalah aku tak pernah reti mewarna.

Masih dalam proses edit kaler. Nanti siap, aku edit balik post ni.

Kalau suka, katakan ya kepada Yakult! Yakult... Yakult~

Tuesday 25 December 2012

Gambar, teguran dan pandangan daripada masyarakat

A true genius troll. I love you bro!!!!

Kita tak boleh wish sempena hari Natal kat member. Walaupun untuk suka-suka. Kalau diorang terasa, mintak maaf kat member korang tu. Bagitau diorang secara berhemah yang kami ni ada reason. Aku pun bukannya pandai-pandai cakap, aku siap buat research lagi. Semua sumber mengatakan bahawa Hukumnya haram. Lagipun soal hukum hakam agama ni bukan boleh buat main. Okay case closed. *Tolak tepi reporter dan kamera*

p/s: Aku malas nak cerita sebenarnya, tapi aku benci dengan orang yang tak boleh terima teguran dan pandangan daripada orang lain. Harini ada sorang unfriend aku. What can I say, aku bukan ustazah so aku tak boleh tegur? L-O-L? :DDDDDDD

Tuesday 18 December 2012

Kyary Pamyu Pamyu

K-POPPERS dengan J-POPPERS tak ngam. Sebab ape? Sebab memang korang tak ngam pun. Masing-masing nak tegakkan kehebatan tentang band yang korang minat. AKB48 vs SNSD. Arashi vs SUJU. Fak. Kan berbeza 2-2 menatang ni. Asal compare?

Nak nak lagi most of k-poppers cakap j-pop tu lame? Rating rendah, pelik. Weh kau tau tak aku terase? Aku pun minat k-pop tapi bila takdelah kutuk taste orang.

J-popper pulak kata K-popper ni terlampau fanatik, angkat lagu tak support local artist. Ek? Kau pun same gak. Pastu kata lagu K-pop ni takde feel, lip-syncing la hape la.

Sudah-sudah la. Takyah la bergaduh pasal lagu. Lagu je. Bukannya apa. Asalkan korang respek minat masing-masing, sure orang tak kacau kau. Jadi macam aku, aku boleh masuk dengan semua lagu. Mana yang sedap, tu yang aku dengar, download dan minat. Simple. Jangan jadi biased, hanya sebabkan kau minat satu genre, itu jelah yang kau dengar. Dah macam katak bawah tempurung aku tengok kau ni.

Harini aku nak kasi ulasan pasal penyanyi kegemaran aku. Kira paling TOP la dalam list aku. Dia penyanyi dari Jepun. Bagi aku die ni awesome.


Meh sini aku nak habaq kat hangpa k-poppers yang tak kenal siapa atas ni, nama die Kyary Pamyu Pamyu. Aku berani cakap bagi korang music video paling pelik adalah Psy-Gangnam Style, Big Bang-Fantastic Baby dengan GD-Crayon kan? Toksah tipu laa, aku pernah jadi k-popper mesti aku tau. Tapi, bagi aku artist YG yang aku listkan atas memang pelik. Itu sebelum aku kenal si Kyary Pamyu Pamyu. Kyary Pamyu Pamyu ni lagi pelik.

Apa yang aku tahu, die ni digelar Lady Gagah versi Jepun. Phuiiii, aku langsung tak boleh terima hakikat! Die ni lebih berbakat dari artis jahanam tu -_________-

Yang lagi pelik walaupun die ni Japanese, die tak popular kat Japan tapi lebih kepada seluruh dunia. Kira dah jadi artis antarabangsa walaupun die ni solo. Hebat kan? Apa yang lagi hebat die ni baru debut dengan video pertamanya pada tahun 2011 tapi dah terkenal, baru tahun lepas!!!

Video die pulak mencecah jutaan. Satu pencapaian yang awesome la bagi aku, susah weh kalau soloist nak jadi femes. Oh, IU (artis korea) pun femes gak, suara pun sedap. Tapi die masih jauh lagi kalau nak bandingkan dengan Kyary ni.

Die ni sangat master tahap gaban kalau buat muka pelik. Itu yang membuatkan die ni bertambah awesome. Respek her!


omg haha too much awesomeness.

Setakat ni die dah ada dalam 4 buah video. 

Ponponpon- 40,551,402 views
Tsukematsukeru- 27,000,554 views
Candy candy- 11,993,725 views
Fashion Monster- 8,830,792 views.

Oh lupa nak bagitau, die ni baru 19 tahun. Oh die comel kan kan kan?

Nak kenal dengan die? SURE BOLEH! Tapi bagi yang baru nak kenal tu, aku rekemenkan tengok video tajuk Ponponpon. Untuk pengetahuan korang, Ponponpon merupakan video pertama dia. Kalau malas sangat nak pergi YT, aku ada sediakan video kat bawah ni :DDDD


WARNING! Terlampau banyak kepelikan dalam video, itu yang specialnya. Memang mula-mula pelik, itu apa yang aku dan penonton yang lain rasa. Tapi lama-lama ia akan menjadi satu ketagihan, err macam dadah. Kah kah kah! Sebab tu aku kata hati-hati. Gentle aku cakap hati-hati -______-
















Semoga berjaya korang. Ramai yang dah kena. Aku pun. Haha! *watching Ponponpon*

Wednesday 12 December 2012

Anime

Wayauwah ramai betul update pasal tarikh 12.12.2012. Aku ada kazen sorang ni, cantik jugak tarikh lahir die; 9.9.1999. Sumpah tak tipu. Tapi bagi aku, tarikh paling lawa adalah 25.11.1995 wakaka jilake tak tahu malu punye orang!

Pada cuti sekolah ni mesti bosan tak tahu nak buat apa kan? Jadi apa perkara kebiasaan yang korang buat bila datangnya penyakit bosan ni?

Bila aku bosan. Satu perkara yang aku akan buat adalah melukis. Bukan melukis macam budak-budak seni, tapi Anime. Sebab apa Anime? Sebab aku suka anime. Anime ni umpama melepaskan stress yang dibelenggu dalam diri ini. Sama macam layan Korean variety shows. 


Gambar ni khas untuk kawan baik aku. Dia perempuan sebenarnya, tapi dia telah mencabar aku agar melukis watak dia dalam versi lelaki. Disebabkan rasa tercabar, maka aku pun test and try. Conteng kertas ikut sedap tekak je lah.



Ramai pelik apa tema gambar ni. Sebenarnya takde tema. Aku boleh katakan agak random/pelik. Apa yang pasti adik aku cakap die ni ade iras-iras Kakashi dengan Dororo. Aku tak boleh marah dia, sebab memang betul pun kate adik aku. Hahaha



Ini gambar yang paling latest. Percubaan pertama membuat komik. Bapak oh susah! Kalau tak nampak boleh klik. Ye tu nama real aku :)

Kenapa aku tak warna? Percayalah, kalau aku tambah warna nanti bertambah hodoh artwork aku. iSuckatcolouring. 

Sekarang aku tengah dalam process buat cover timeline untuk group yang baru aku create. Siapa rasa korang seorang blogger yang cool boleh join. Ajak member-member pun boleh! Kami ahli Cool Blogger!

Ada sesiapa tak yang nak request lukis gambar? Itupun kalo korang rase artwork aku lawa. Kah kah kah! :DDDDD

Segmen klik G+1 dan Undi PuanGojes Blog

Hey wats up manusia semua. Ada sihat? Aku teramatlah sihat lepas habis SPYem! Sebab? Memang banyak giler sebab aku boleh bagi. Sekarang aku dah boleh bangun lambat-lambat, boleh rehat puas-puas. Dah takyah fikir pasal beban yang dipikul. Paling best, aku dah boleh pakai laptop. Sebab lepas ni aku bukannya belajar lagi. Haha.

Harini aku nak join segmen. Aku bukanlah penggemar join segmen sebenarnya. Aku selalu join sebab nak mengisi masa lapang. Mengisi ruang kosong blog ni. Harapan aku, aku nak update blog ni setiap hari walaupun takde entri yang one of a kind. Chewah kau, dah macam tajuk lagu GD pulak. Sebab dulu macam malas nak mati je walaupun nak taip entri.


Bagi memudahkan cik puan kita untuk menghandle segmen ni, aku bagi sikit kemudahan kat dia. Bukti screenshot.
Aku berjaya jadi salah sorang ahli mangkuk tingkat dia. Hi ma'am besar! Aku sebenarnya macam nak tak nak je follow dia. Tapi aku menggagah perkasakan diri ini untuk memfollow bila difikirkan balik aku ni mangkuk tingkat jugak. Korang semua tanak jadi mak dengan ayah saya ke?

Saya klik G+1 yang ke #184 ;)


Done mengundi!

5 ketul manusia yang kena tag dengan saya. *sambil sentuh belakang*

Muhammad Zul Fahmi
Nur Aya
Din Graphic
Fazirah aka the Glamorous Blog (Aku dah baca blog dia, terasa macam diri ni glemer sikit. Mueheheh)
Azwar Syuhada

Tuesday 11 December 2012

Budak


Selain mengupload gambar muka dekat-dekat dengan muncung itik ke depan, penggunaan bahasa wempitz ataupun bahasa kesat yang digunakan oleh dikalangan remaja pada masa kini. Aku rasa, dah tiba masanya budak-budak hot tak cukup umur ni buat trend baru. Trend tu nak kata takdelah trend sangat. Tapi dah selalu nampak bebenor buatnya. (Refer gambar rajah di atas) Annoying jugak. Kengkadang jiwa ni rase-rase nak baling laju-laju kasut sneakers ni kat muka diorang secara berjemaah.

Amik gambar satu muka, buat muka sehabis comel. Pastu upload. Tag kat ramai orang. Kalau boleh nak tag 1 Malaysia. Sampai caption ni yang paling aku tak tahan, siap tulis "kalau suka boleh like, tak suka gi mampos." Kalau tahu orang tak suka, kenapa tag? Buat lawak ke hape???????

Aku? Pak yu.

No, seriously. Aku gelak je. 

KAH KAH KAH!

Aku tak kacau orang.