Thursday, 7 March 2013

Kawan Aku Hantu 2


Selepas kejadian semalam, Mellina mengambil MC untuk sehari. Kini badan dia terlantar sakit di atas katil. Dia pun tidak pasti samada dia demam akibat hujan atau pun akibat perlanggaran. Teringat kembali kisah tersebut, badan dia menggigil.

-TOK TOK TOK-

"Siapa tu?" tanya Mellina.

"Mellina.. mama masuk ye.."

Puan Su menatang dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air masak. Mellina sudah tersenyum sampai ke telinga.

"Ma....." rengek Mellina manja. Dah lama tak bermanja-manjaan. Puan Su tarik muka.

"Jangan nak mengada-ngada. Mama ada banyak kerja lagi kat dapur tu. Kejap lagi Hazimi balik dia lapar karang." Puan Su ingin keluar tetapi tangan Mellina setia melekat pada lengan Puan Su. Kadang-kadang sengaja dia mimikkan muka macam kucing comel.

"Mel......" Kata Puan geram. Kalau anak dara dia ni ringan tulang nak menolong takpelah, ini masuk dapur pun jarang-jarang macam nak siapkan kerja kat dapur tu?

"K fine........" Dia pasrah.

Esok dia akan berkerja semula. Kan best kalau dapat rehat macam ni.

******

Ren duduk di atas tembok yang sedia ada di luar rumah. Sesekali kepala dia menjenguk melihat kawasan halaman rumah. Terdapat buayan yang tersadai di sebelah pintu. Kosong. Keadaan rumahnya begitu sunyi sepi. Ah... mungkin mereka jenguk aku di hospital. Dia tersenyum kelat.

Tanpa sedar air matanya merembes keluar. Rindu untuk bermain bersama keluarga. Rindu untuk bergelak ketawa. Selama 1 bulan berpisah dengan keluarga, hidupnya begitu kosong. Apa yang dia lalui begitu perit-perit belaka. Terutama sekali apabila dia berlanggaran dengan kereta semalam. Konon-konon dia hantu dia boleh melintas sesuka hati. Boleh dijaminlah bahawa dia akan selamat. Sebab dia mempunyai kebolehan untuk menembus. Tak sangka pula dia boleh tercampak dekat atas pokok mangga. Sudahlah eksiden, tercampak atas pokok pulak tu. Haih bala... bala... Tapi, perkara semalam membuatkan dia pelik. Kereta tu pun hantu jugak ke?

Dia menyeka air mata yang bersisa. Bosan mengenangkan nasib menimpa diri, Ren bertindak meninggalkan kawasan itu. Nak menangis pun dah takde guna, hidup perlu diteruskan.

"Babai rumah," kata Ren perlahan. Setiap minggu dia wajib melawat rumah sendiri.

******

Tangan Mellina laju menekan-nekan punat tetikus yang hanya bersebelahan dengan laptop. Dia begitu khusyuk mengedit gambar-gambar pengantin yang dia 'tembak' beberapa hari yang lalu.

Dia seorang photographer atau dalam bahasa melayunya jurugambar. Ke mana-mana sahaja dia pergi, dia takkan lupa membawa kamera. Jangan pandang rendah sesekali kepada photographer wanita. Ingat lelaki je boleh? Perempuan pun dah ramailah sekarang.

"Hai Mellina. How are you babe? Dah sihat ke yang oiiiii..." ucap Fie dari belakang. Mellina apa lagi kerkezzzut bak hang! Miang-miang keladi sahaja suara si jantan tu.

"Eh, aku sihat Alhamdulillah. Rindu jugak kau kat aku ekh."

"Hemm tak rindu pun. Susahlah kalau kat takde. Semua benda aku nak kena buat. Dah tu aku yang kena beli lunch untuk diorang. Betullah kata kau, diorang tu pemalas tahap babun okay. Selalu kau yang tolong belikan. Kat luar tu dahlah panas giler hokeh! Habis kulit I terbakar u ollsss! Nasib baik I pakai sunblock!" Selamba sahaja lelaki lembut itu bertutur sambil tangan dia mengibas-ngibas muka.

Nak kisah apa. Kalau tak suruh Mellina belikan makanan, dia boleh pau bekal yang Mellina bawak. Sedap pun sedap, free pulak tu. Rozi dengan yang lain pun boleh join sekaki.

"Hei, buat kerja mana boleh malas-malas. Nanti hidup tak berkat."

"Yelah, tak kuasa aku.." Tangan ke bahu, mata ke atas.

Mellina geleng kepala. Dia menolak kerusi yang dia duduki ke belakang. Macam biasa dah sampai waktu lunch. Dia tidak kisah untuk membeli lunch untuk mereka. Sebab dia boleh exercise. Lagipun dia tak sanggup menatap gambar dan kamera 24 jam. Boleh muntah dibuatnya.

"Rozi, aku nak keluar ni."

"Mee rebus weh." Pendek sahaja jawapan Rozi. Dah agak dah. Mee rebus tak mee rebus, tu jugaklah yang dia nak. Mee rebus acik Yati kat Pasar Selayang memey terbaik. Heeee...

FYI, Rozi itu kawan baik Mellina sejak sekolah menengah. Dia juga boss kepada Mellina.

"Korang yang lain?"

"Ahhhh.... aku nak..."

"Lantak pi dioranglah. Pandai-pandailah kau. Cepat pergi cek dah lapaq ni...!" Potong Rozi belum sempat pekerja yang lain menjawab.

Mellina keluar dari studio.

******

Mellina senyum gembira sebaik sahaja keluar dari pasar Selayang Baru. Nasib anti tak tutup lagi gerai dia. Kalau tak melepaslah kau Rozi.

Sebaik sahaja Mellina sempat sampai di tempat parking, dia terlihat akan beberapa lelaki-lelaki berwajah ganas melepak berhampiran dengan kereta miliknya. Hati dia menjadi gusar.

Namun dia tetap memberanikan diri untuk menghampiri kereta itu. Belum sempat dia mengeluarkan kunci dari tas tangan, salah seorang dari lelaki tersebut merentap tangan Mellina. Mellina terkejut. Jatuh semua makanan yang dibeli tadi.

"Sorang je cik?" Mellina memandang muka lelaki itu. Ya Allah, apasallah muka kau gangster sangat! Dia mengalihkan pandangan. Muka hitam legam, berparut dengan jahitan dekat tepi muka, rambut botak tetapi masih ada rambut tercacak di tengah. Serupa macam penyangak.

Dia cuba menarik tangan, tetapi genggaman abang botak tu lebih kuat.

"Eii lepaskanlah!" Dia jijik melihat tangan tangan lelaki itu. Kotor. Dasar pengotor! Entah lepas cebuk dia basuh ke tak tangan tu? Dalam waktu genting macam ni Mellina mengambil berat tentang kebersihan. Memang baikkk punyeee timing!

"Tolong saya!" Mellina sudah memulakan langkah.

"Kau ingat ada orang dengar pertolongan kau?!" Gertak lelaki itu. Sesekali dia mengelus pipi Mellina yang bercucuran dengan air mata. Jijik!

"Pewitttttt....." Kali ini geng dia yang lain bersiul. "Angkut dia bawak balik bos. Body slim, dahi licin. Perghhh, memang mantop bosss....." Sambung salah seorang dari mereka. Mellina mengetap bibir. Kurang ajar punya jantan! Dah sangap sangat agaknya? (ehh sat, geli mase tulis part ni. wahaha!)

Dia mencempung badan Mellina yang ringan itu serupa macam angkat kapas.

"Tolong!!" Jerit dia sekali lagi. Terdapat beberapa orang yang lalu lalang di situ tetapi tidak berbuat apa-apa. Bukannya tidak mahu menolong, tetapi alamak tak sama saiz pulak... Memang gila la nak pergi tolong, itu tanda tak sayang nyawa!

Dari jauh, ada seseorang sedang memerhati.

No comments: