Thursday, 11 April 2013
Kawan Aku Hantu 4
"Tak penat ke?"
"Penat of what?"
Air Milo ais diteguk bagi membasahkan tekak yang kering. Ya, hari ini dia cepat sangat dehydrate. Bukan kerana cuaca yang panas. Tetapi panas satu badan dengan kehadiran makhluk yang berada di hadapan ini. Buat sekelian kalinya dia meneguk minuman yang berada di atas meja itu.
"You have been following me for one week."
"So?"
"You make me annoyed."
"Then?"
"Stop following me around!"
"Why?"
"I hate you!"
"Glad to hear that."
Tangan Ren disilang ke dada ala-ala bos.
"Kenapa awak buat saya macam ni?"
"Sebab memang itu tujuan asal aku, kucar kacirkan kehidupan kau. And yeah, so far aku menikmatinya."
Mellina sudah hilang sabar. Kenapa budak ni boleh buat muka selamba lepas cakap macam tu? Tak tau ke hati dia ni bagaikan dihiris-hiris dengan pisau? Sakit!
-BAM!-
Meja plastik itu ditepuk kasar. Kerusi sudah berginjak ke belakang apabila Mellina angkat punggung.
"That's it! I'm done! Kenapa dengan awak ni? Tell me what do you want from me? I can give you anything asalkan bukan tinggal dengan saya!"
Ren hanya tersenyum sinis memandang tingkah laku Mellina.
"I can understand your feeling bro. Kot ye pun nak marah duduk la dulu. Malu dengan mata yang memandang."
Semua mata memandang ke arah dia. Kebanyakkannya hanya melemparkan senyuman sinis. Gila agaknya bercakap sorang-sorang. Mellina mengambil tempat kembali.
"Perempuan murahan."
Terjegil mata Mellina. Ayat tu tak boleh ke kalau tak sakitkan hati dia?
"What?"
"Dah gila sangat? Pergi masuk wad."
Rambut panjang mengurai di garu-garu bagaikan orang gila.
"You are annoying."
"As hell."
"Argh!" Kali ini tangan Mellina bagaikan ingin mencekik leher Ren.
Ren hanya menongkat dagu memandang Mellina. Kelakar. Baru cubit sikit dah tak betul.
"Let's do this," Mellina yang sedang memandang kosong ke arah meja tiba-tiba mengangkat muka.
"I'll be your bodyguard in exchange, tapi kau kena bagi aku tinggal kat rumah kaulah. Takdelah kau rasa aku ni menumpang secara free of charge." Panjang lebar Ren memberi penjelasan.
"Waddya say?" sambungnya lagi.
"If I say 'Nope. Period.' How?" Mellina cuba menduga. Jangan ingat senang-senang sahaja dia ingin bersetuju. Kenal budak ni pun tak.
"Dengan segala hormatnya, aku akan bagi title orang gila kat kau." Ala... tak susah mana pun. Senang je. Taulah apa dia nak buat.
"Heh. Budak macam awak nak jadi bodyguard? Go dai pehlis!" Sengaja Mellina memperlekehkan dia. Asyik dia je kena hentam. Mana boleh!
"Loser, get your life please... Setakat nak jaga manusia macam kau hanya petik cari jer. Kau ingat balik siapa yang tolong kau masa kau hampir kena culik hari tu."
Mellina menjulingkan mata. Tanda tidak berminat.
"Apa? Tak ingat? Atau kau buat-buat tak ingat? Ke kau ada penyakit amnesia? Ingatan cepat lupa? Atau mungkin otak kau dah ketat?" Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Ren. Laju macam peluru senapang! Ren mencari wajah disebalik tangan Mellina yang menutupi muka.
Mellina mengeluh. Ya, otak dia terasa ketat. Nak fikir pasal kerja. Fikir pasal jiran sebelah yang bermulut becok. Pasal diri. Nak fikir pasal budak ni lagi.
"Saya mengaku awak dah selamatkan nyawa saya. But still, why my house? I seriously cannot brain this." Yup, dia perlukan penjelasan.
"I'm a ghost."
"Apa awak merapu ni?"
"I have no other places to stay."
"Takde rumah?"
"Ada."
Mellina mengerutkan dahi. Tidak faham.
"Jadi?"
"I'm a ghost."
Fikiran Mellina kosong. Takde makna. Kosong.. kosong.. ohhhh. Bernyanyi-nyanyi kecil lagu Kosong by Najwa Latif dalam hati. Oh wait, lupa! Dia tak minat pun Najwa Latif. Kau memang dah tak betul, Mellina. Ciskek betul!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment