Thursday 2 August 2012

Sangat hebat

Assalamualaikum!

Mimpi hape entah sampai rajin nak nak update story. Sebenarnya aku dapat ilham topik yang aku akan cakap-cakap kat sini jap lagi. Mari-mari aku nak share satu interest aku tentang watak dalam sesuatu cerita. Tak kesah kartun, anime, drama, movie, etc. Tapi, paling ketara aku rasa side aku lebih kepada watak nombor 2 atau watak pembantu. Bukan aku kata watak utama tak bagus, bagi aku watak-watak pembantu lebih menghidupkan lagi jalan citer.



Song Joong Ki sebagai Gu Yong Ha dalam K-drama Sungkyunkwan Scandal. Comelkan dia? Dia selalu sebut "I'm Gu Yong Ha." Bangga memang gila bangga. Dengan watak playboy dia, suka usik orang sana sini. Entahla, aku tak boleh nak describe. Kalau tengok drama tu, masuk part Yong Ha sure asyik senyum je. Sebab aku rasa dia ni unique. Takde orang boleh main watak Yong Ha sehebat Joong Ki.



Yoo Ah In main watak Moon Jae Shin sama dalam drama Sungkyunkwan Scandal. Nampak tak kat situ? Karakter pembantu selalunya tenggelamkan watak utama. Moon Jae Shin aka Crazy Horse best friend kepada Yong Ha. Dia ni selalu tidur. Atas pokok pun jadi weh. Time cikgu ajar pun die boleh bantai membuta. Dia tak boleh nampak perempuan, sebab dia akan tersedu. Hah pelik gilakan? Tak lupa skill ninja memanah dia hebat!



Death The Kid dalam anime Soul Eater. Muka dia siyes habis tak bro? Die ni anak Shinigami iaitu pengetua Death Weapon Meister Academy. Paling tak boleh blah bapak die ni bukanlah manusia seperti anaknya. Dan bapak dia agak sengal sikit. Death The Kid ni sangatlah obses kepada benda yang perfect. Dia akan pastikan semua benda nampak kemas dan symmetrical. Dia tak boleh nampak benda yang tak perfect. Kalau bingkai gambar kat dinding senget dia akan betulkan sampai tegak. Dia ada dua partner Liz dan Patty yang boleh berubah bentuk jadi pistol dan cannon.



Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Satu-satunya watak utama yang aku suka. Aku suka cara dia jalan. Dalam setiap situasi dia nampak takde perasaan. Walaupun die ni kapten lanun tapi perangai dia pelik-pelik. Aku rasa tak payah la cerita lebih lanjut, sebab tipu la kalau ada yang tak tahu siapa Jack Sparrow ni.

Itu je la aku boleh list kan. Banyak je sebenarnya tapi cukup la. Sekarang boleh bookmark page ni. Hahahaha!

2 comments:

OKje said... [Reply to comment]

Iman ni mesti seorang yang suka memerhati.....kan....

Al-Iman Lee said... [Reply to comment]

@kak Hainom, ini bukan suka memerhati namanya. sebenarnya saya dah ketandusan idea nak post ape. hehehehe....