Tuesday 18 December 2012

Kyary Pamyu Pamyu

K-POPPERS dengan J-POPPERS tak ngam. Sebab ape? Sebab memang korang tak ngam pun. Masing-masing nak tegakkan kehebatan tentang band yang korang minat. AKB48 vs SNSD. Arashi vs SUJU. Fak. Kan berbeza 2-2 menatang ni. Asal compare?

Nak nak lagi most of k-poppers cakap j-pop tu lame? Rating rendah, pelik. Weh kau tau tak aku terase? Aku pun minat k-pop tapi bila takdelah kutuk taste orang.

J-popper pulak kata K-popper ni terlampau fanatik, angkat lagu tak support local artist. Ek? Kau pun same gak. Pastu kata lagu K-pop ni takde feel, lip-syncing la hape la.

Sudah-sudah la. Takyah la bergaduh pasal lagu. Lagu je. Bukannya apa. Asalkan korang respek minat masing-masing, sure orang tak kacau kau. Jadi macam aku, aku boleh masuk dengan semua lagu. Mana yang sedap, tu yang aku dengar, download dan minat. Simple. Jangan jadi biased, hanya sebabkan kau minat satu genre, itu jelah yang kau dengar. Dah macam katak bawah tempurung aku tengok kau ni.

Harini aku nak kasi ulasan pasal penyanyi kegemaran aku. Kira paling TOP la dalam list aku. Dia penyanyi dari Jepun. Bagi aku die ni awesome.


Meh sini aku nak habaq kat hangpa k-poppers yang tak kenal siapa atas ni, nama die Kyary Pamyu Pamyu. Aku berani cakap bagi korang music video paling pelik adalah Psy-Gangnam Style, Big Bang-Fantastic Baby dengan GD-Crayon kan? Toksah tipu laa, aku pernah jadi k-popper mesti aku tau. Tapi, bagi aku artist YG yang aku listkan atas memang pelik. Itu sebelum aku kenal si Kyary Pamyu Pamyu. Kyary Pamyu Pamyu ni lagi pelik.

Apa yang aku tahu, die ni digelar Lady Gagah versi Jepun. Phuiiii, aku langsung tak boleh terima hakikat! Die ni lebih berbakat dari artis jahanam tu -_________-

Yang lagi pelik walaupun die ni Japanese, die tak popular kat Japan tapi lebih kepada seluruh dunia. Kira dah jadi artis antarabangsa walaupun die ni solo. Hebat kan? Apa yang lagi hebat die ni baru debut dengan video pertamanya pada tahun 2011 tapi dah terkenal, baru tahun lepas!!!

Video die pulak mencecah jutaan. Satu pencapaian yang awesome la bagi aku, susah weh kalau soloist nak jadi femes. Oh, IU (artis korea) pun femes gak, suara pun sedap. Tapi die masih jauh lagi kalau nak bandingkan dengan Kyary ni.

Die ni sangat master tahap gaban kalau buat muka pelik. Itu yang membuatkan die ni bertambah awesome. Respek her!


omg haha too much awesomeness.

Setakat ni die dah ada dalam 4 buah video. 

Ponponpon- 40,551,402 views
Tsukematsukeru- 27,000,554 views
Candy candy- 11,993,725 views
Fashion Monster- 8,830,792 views.

Oh lupa nak bagitau, die ni baru 19 tahun. Oh die comel kan kan kan?

Nak kenal dengan die? SURE BOLEH! Tapi bagi yang baru nak kenal tu, aku rekemenkan tengok video tajuk Ponponpon. Untuk pengetahuan korang, Ponponpon merupakan video pertama dia. Kalau malas sangat nak pergi YT, aku ada sediakan video kat bawah ni :DDDD


WARNING! Terlampau banyak kepelikan dalam video, itu yang specialnya. Memang mula-mula pelik, itu apa yang aku dan penonton yang lain rasa. Tapi lama-lama ia akan menjadi satu ketagihan, err macam dadah. Kah kah kah! Sebab tu aku kata hati-hati. Gentle aku cakap hati-hati -______-
















Semoga berjaya korang. Ramai yang dah kena. Aku pun. Haha! *watching Ponponpon*