Wednesday, 27 February 2013

Tuesday, 26 February 2013

SEGMEN : Song In My Heart.

K harini segmen ni dah nak tutup. Cepat-cepat aku nak join.

syarat-syarat penyertaan...

  1. mesti follower blog sally...kalau tak, buat-buat la tekan button follow tu..yeaa...
  2. klik aje sini ... sila la tunggu sampai hbs loading ..
  3. tulis satu entry dengan tajuk "SEGMEN : Song In My Heart."
  4. tampal banner yg voggie the vass tu dekat entry & linkkan ke entry ni.
  5. dalam entry, tulis kan... boleh jugak tengok contoh macam entry sally .
  • Tajuk lagu
  • Penyanyi
  • Sebahagian lirik yang membawa makna
  • Kenapa suka lagu ni...?
  • *optional : kalau rajin masukkan la video...nak jugak dengar...
         6. dah ? komen link entry korang kat dalam entry ni..

    Tajuk lagu: Pon Pon Pon

    Penyanyi: Kyary Pamyu Pamyu

    Sebahagian lirik yang membawa makna: PON PON dashite shimaeba ii no
    zenzen shinai no tsumaranai desho
    HEADPHONE kakete RIZUMU ni nosete
    WEI WEI akete atashi no michi wo

    eng translation: PON PON set it free
    C'mon, let the crazy show

    Because if you don't

    Life would be so dull, you know

    Headphones at full blast
    Rhythm's got me pumped at last
    WAY WAY open road

    Gotta make it on my own



    Kenapa suka lagu ni?: Sebab sekali dengar boleh jadi addicted. Macam drugs la. hahaha. pastu ada part dia menari-nari, memang power giler ah. kalah penari. melantun-melantun die menari, macam tak penat langsung.

    video dia tersangatlah unique dan pelik. bagi first timer yang tengok video dia mesti macam... "wtf?" but, just hati-hati. ini sangat drugs okay. ramai yang dah addicted. tapi sayangnya, kyary ni kurenglah kat Malaysia. sebab tu aku promote. lol. nak tahu lebih lanjut klik sini. aku ada buat entri khas untuk Kyary sebenarnya. hehe!

    video:

    babai!

    Edisi senyum mesti nampak gigi :D


    biarkan gambar berbicara

    Testing photoshop

    bila bosan aku main photoshop. cita-cita aku nak jadi graphic designer. mak cik pak cik aku pun sokong sebab diorang rase itu sesuai untuk bidang tu. maklumlah aku tak reti memasak. tak reti menjahit. tak reti menjadi seorang pengajar. hah banyak betul benda yang aku tak tahu. aku harapkan photoshop je. wuwuwuwu

    model tak bergaji

    adik aku. Fairuz. muka dia innocentkan? :)

    adik aku dengan kazen dia.

    simple edit. tapi aku pernah terfikir.."what if aku jadi photographer?" that would be awesome! gaji photographer masyuk. ada satu penceramah tu yang bagitau. jadi aku rase cam tak sesabar nak pegang DLSR shoot sana shoot sini. bajet pandai je pakai mende alah tu. :DDD

    Wednesday, 20 February 2013

    Rose Ann Marie

    Assalamualaikum...

    Dulu masa aku form 2, aku ada seorang kawan india. Nama dia Rose Ann Marie. Aku tak taulah betul ke tak aku eja nama dia ni. hehe!

    Kiteorang dulu duduk sebelah-sebelah. Aku cakap dengan dia pakai kata ganti nama saya-awak. Chewahhh tetiba terasa diri ini sopan sekejap. Daku sungguh suci dulu...

    I'm a Muslim and she is Christian. Aku ni macam kalau nak kawan biar seribu, biarpun beza Agama dan bangsa. Aku jenis tak kisahlah.

    Pastu die ada cakap dengan aku...

    Rose: Saya suka budak lelaki ni. Nama dia Afiq. Saya kawan baik dengan dia.... rapat...

    Aku pun macam woah! Ini kes yang sangat jaranglahkan... Pastu dia sambung lagi.

    Rose: Mungkin saya akan masuk Islam

    aku tak berapa ingat sangat apa ayat dia, tapi dia memang ada cakap macam tu. Aku pun macam... "Kalau betul niat die ikhlas, Alhamdulillah..."

    Dia ada cakap jugak dia boleh hafal ayat Al-Fatihah. Sebab masa sekolah rendah dulu, kawan-kawan Islam dia baca Surah Al-Fatihah sebelum belajar.

    Sampai ada sekali masa form 5, masa perhimpunan, kiteorang tengah baca Asmaul Husna. Masa aku tengah khusyuk bacakan, aku pandanglah dia kat barisan sebelah. Aku dengan die kelas dah lain. ikut aliran masing-masing. Masa tu dia cakap

    "Sedaplah lagu ni..." masa tu wajah die tenang je tau. Aku pun senyum. Tah aku rasa gembira tahap gaban dia cakap camtu.

    Aku tak tau apa dah pasal dia. Yelah, kalau jumpa pun jarang2. 

    Sekarang kau tau tak? aku menyesal. Sebab aku tak dapat tarik dia mendalami Agama Islam. Padahal aku rapat giler dengan dia. Tak pernah aku ada kawan rapat selain bangsa aku sendiri. Dialah satu-satunya.

    Ilmu agama aku ni pun kurang. Kurang sangat-sangat. Masa belajar sekolah agama dulu tulah main-main. Tah hape yang aku belajar semua aku dah lupa.

    Akhlak aku buruk. Kalau nak ukur memang dapat markah rendah. Solat kadang-kadang sengaja tinggal. Masa tu aku tak kisah langsung tau tak. Langsung tak bersalah.

    Sekarang i want to be a better Muslim. Aku buat secara perlahan-perlahan. Biarlah orang nak kata aku pelik, tapi aku memang tengah cuba. Aku tengah terapkan ilmu agama Islam dalam diri aku ni.

    Doakan aku yang terbaik kawan-kawan. Sama-samalah kita perbaiki kesilapan kita. Lupakan kisah dahulu, kita mulakan hidup yang baru. 

    Let's be a better and more cooler Muslim :)

    Monday, 18 February 2013

    friend's partaayyy

    Shit. Im not even celebrating my own bday. Im not dat interested with party too.

    Monday, 11 February 2013

    Kawan Aku Hantu 1

    Dalam keadaan basah kuyup, Mellina cepat-cepat berlari menuju ke arah kereta. Baru sekejap tadi di singgah ke kedai mamak tapi sekejap je dah hujan.

    Hajat dia selepas kerja terus ingin balik ke rumah. Hazimilah yang mengada-ngada meminta dia membelikan 2 batang highlighter berwarna kuning dan hijau. Ambik kesempatan betul! Tak pasal-pasal nanti dia demam. Bukan dia tak tahu yang dia ni sangat alergik dengan hujan. Kena hujan sikit mulalah sakit kepala.

    Takpe-takpe, nanti dia boleh paksa adik dia tolong urut kepala kakak kesayangan ni sebagai upah. Muehehe! Perasan betul. Mellina ketawa geli hati.

    Kereta Mellina laju menyusup meninggalkan kawasan itu. Dia ingin cepat-cepat sampai ke rumah.

    ------

    00:11 am

    Kepala Mellina mula berdenyut. Salah satu daripada tanda-tanda yang dia akan demam sudah muncul. Kemudian penglihatan dia mulai kabur, pegangan stereng pula tak stabil.

    Mellina mula risau. Dalam hati dia tidak putus-putus memanjatkan doa. Harap-harap tiada apa-apa yang berlaku.

    Tiba-tiba..

    -BAM!-

    Satu perlanggaran berlaku. Jantung Mellina mula berdegup pantas! Ya Allah, ujian apakah yang aku perlu hadapi kali ni?

    Dia terlanggar orang ke? Tak... tak mungkin! Cepat-cepat dia keluar dari kereta. Kelihatan langsung tiada kereta lalu lalang di situ. Dia hanya ditemani oleh cahaya lampu jalan.

    Mellina meneliti setiap kawasan kejadian. Manalah tahu dia dapat menjumpai mangsa. Di atas, di bawah kereta, di tepi-tepi jalan sekali dia mencari! Tetapi Hampa! Tiada apa-apa pun di situ. Mungkin paling tidak pun pasti ada kesan-kesan darah di atas jalan raya.

    "Pelik.." dia berkata perlahan.

    Saat itu dia mula bertanya kepada diri sendiri.

    'Kau pasti ke apa yang kau langgar tadi tu adalah orang?' kata-kata hati mula berbicara.

    'Ataupun, han...'

    -VROOM!-

    Kalini Mellina tidak berdiam lama di situ. Selepas membolos ke dalam kereta dia terus membawa kereta macam pelesit. Sakit kepala yang ditanggung sejak tadi terus dilupakan.

    "Mama, papa, Hazimi!"

    ------

    "Ouch ouch ouch..." Ren mengaduh kesakitan. Dia mengurut-urut perut, rasa senak giler. Apa bendalah yang langgar aku tadi tu? Dia cuba flashback insiden tadi.

    -BAM!-

    Bunyi kuat bertembung antara kereta dengan dia tersebut kembali menerjah ke kotak memori.

    "Oh ye.. aku berlanggar dengan kereta tadi." Ren berkata dengan selamba. Seolah-olah perkara tersebut sudah biasa berlaku terhadap dirinya.

    Dan akibat pertembungan tadilah di tersadai di atas pokok mangga.

    "Celaka..."

    Ren meneliti setiap inci tubuhnya. Macam biasa, tiada apa-apa yang cedera.

    Macam mana nak cedera kalau jasad di hospital. Hanya roh dia saja yang berlegar-legar.

    Dia melompat ke bawah.

    "Agaknya kalau badan aku betul-betul kena langgar tadi, kompem dah 'jalan'."