Thursday, 23 August 2012

28 Ogos 2012, Hari Selasa

Assalamualaikum,

Hey, ini sebenarnya quick post dari aku. Memandangkan raya tahun ni tak macam raya, so takde post pasal hari raya. Tapikan, korang tau tak apa kaitan tarikh kat atas ni? Tarikh ini lah yang bakal memecahkan jantung kami apabila memasuki dewan peperiksaan. Hari selasa minggu depan mangsa-mangsa SPM akan menduduki peperiksaan. Bukan SPM weh, trial. Tapi apakan daya bila aku start memikirkan trial perkataan susah terlintas pada fikiran aku.

Bahasa Malaysia kertas 1 membuatkan hati aku resah, biasanya bila aku jawab aku akan mula dengan bahagian B. Nak dapat markah lebih kat situ konon. Isi-isi penting aku tulis kat tepi kertas. Pastinya aku takkan buat peta minda bulat-bulat yang selalu cikgu cadangkan. Kerana aku rasakan itu mitos semata-mata. Bila dah ada isi, mula terpikir ayat untuk buat karangan. Start ni la yang paling buat aku susah hati. Idea punya la banyak mencurah-curah tapi tak reti nak buat ayat dan huraikan. Habis buat pendahuluan dan isi pertama, aku pindah kepada bahagian A sementara merangka ayat-ayat untuk bahagian B. Bila dah masuk kat bahagian A, jawab ajelah apa yang patut.

Sepanjang seminggu ni aku tak belajar langsung. Ada kemungkinan aku terlupa cara kira-kira yang cikgu aku dah ajar. So balik rumah terus buat latihan math. Cikgu aku kata fokuskan lebih kat kertas 2 sebab situ banyak markah. Kertas 1 cikgu tak ajar sebab dia tahu kite orang takkan dapat jawab. Aku tengok cikgu aku macam putus harapan nak mengajar je. So kertas 1 cincai-cincai je lah, kertas 2 no problem. Cuma bila masuk part transformation mula la hati rasa to leave that question and go on~

Sekarang aku kat kampung hanya dengan berbekalkan modul pintas SPM sejarah 2012. Aku anti giler dengan subjek ni, sebab tu aku bawak kot. Hahaha. Ni hari khamis baru start hafal, aku rasa patut kot. Sebab aku ni seorang yang cepat ingat bila hafal, tapi cepat lupa kalau benda yang di hafal itu dah terlalu lama. Haih sejarah.......

Oke babai.

2 comments:

THE AUTHOR said... [Reply to comment]

Lepas cuti raya terus peksa...pehh...
Walau apau pun selamat berjaya!!

Al-Iman Lee said... [Reply to comment]

@Hanif, mekasih bro. dan selamat hari raya :)