Assalamualaikum.
Dulu-dulu kalau bab pose ni memang aku suka sangat. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan macam ready menempuh dugaan dengan melanggar orang untuk cari makanan berbuka. Pergh, dia punye peluh, panau, daki. Pastu aku kena tinggal sorang-sorang, cangkung kat sebelah kedai sambil menguis-nguis tanah. Mak aku pun dah melesap entah ke mana. Sekarang aku dah taubat nak pergi bazaar, kena fikir banyak kali dulu. Nak berbuka tu paling tak boleh blah biler tunggu depan tv tunggu azan maghrib. Keluar pulak citer Diary Ramadhan Rafique. Mana citer tu kan? Rindu pulak aku nak tengok budak Perancis tu cakap-cakap dalam hati. Haaaaaaa.
Kopak duit sendiri beli bunga api kucing dan pop-pop adalah sangat wajib bagi aku. Eh tak, ape barang main bunga api, aku main bom dengan mercun jelah baru macho. Aku perempuan yang sungguh perasan macho.
Antara mercun yang paling fofular adalah mercun gasing, mercun bola, mercun lebah, mercun ketupat, mercun naga, mercun ROKET dan etc. Bagi kiteorang dulu, mercun gasing adalah mercun yang paling low-class sebab tak menakut dan tak mengujakan sangat.
Mercun bola. Jumpa kat Mr. Google.
Aku tak takut dengan mercun bola tapi bunyinya menyakitkan telinga. Penipu. Aku kalau nampak adik aku dengan partner kesayangan die jer yakni cousin die bakar mercun bola tu, aku terus cabut lari menyorok belakang langsir sambil tutup telinga. Tapi mata tak lari dari pandang bola tu.
Mercun lebah.
Ingat lagi masa kecik-kecik bako benda ni lepas tu lari sebab takut kene kejar. Padahal benda tu pusing-pusing jer. Aku masih nak tahu kecelakaan menate beghuk mane yang kate benda tu kejar-kejar orang.
Mercun ketupat.
Sama jugak macam mercun bola. Kot?
Mercun naga.
Mercun paling wajib dibeli. Setiap rumah mesti ada mercun ni. Lepas bako haruslah baling kat tengah jalan raya, bila ade motor datang cuak-cuak nak lalu situ. Ade orang pernah kena tapi tak pernah meletup lagi.
Mercun roket.
Mercun yang dikatakan high class. Dan disebabkan termakan kata-kata itulah aku beli. Seikat dapat dalam 10 harga baru RM 3.00 pergh murah betul. Sekali seumur hidup ahhh jangan harap aku nak beli lagi. Beli macam power gile tapi yang tukang mainnya budak-budak laki umah aku.
Bunga api kucing. Tak berasap, tak bahaya dan lawa. Sangat sesuai dijadikan hiasan, sebab boleh bengkokkan besi die dan gantungkanlah kat mana-mana. Ampaian baju pun boleh.
#ade sekali tu kan masa pergi bazaar aku buat muke monyok sebab nak beli mercun mahal-mahal. mak aku tarik pergi sana sini aku masih lagi buat muke protes. jilake punya anak. har har har.
9 comments:
dl sll main..
tp skrg org main dpn rumah rs nk ngamok2 lak.. hahaha
@zul, tu ah pasai. dan dan lagi taim tengah syok membuta. ahahaha
Wow... Entry yg sangat baik.. good info pasal mercun dan bunga api :)... Terima Kasih sudi join segmen MrPetak. Nantikan Kad Hari Raya petak nyer.. Selamat Berpuasa :)
Salam...taqiee dr segmen yg sama
salam ramadhan...:)
jom terjah kawn2 lain plak..tgok kisah diorang jom...:)
Ddok jual mercun ka..mmg best main mercun..hehhehe
http://taqieeummu.blogspot.com/2012/08/segmen-kad-hari-raya-eksklusif-by.html
Assalamualaikum, is buat kunjungan balas, dari segmen yang sama dari MRPetak.
Is update cerita pengalaman puasa is yang tak leh is lupa, jangan lupa baca ok?
Selamat Menjalani Ibadat Puasa Dan Selamat Bersegmen.
http://iskandarx.blogspot.com/2012/08/segmen-kad-hari-raya-eksklusif-by.html
eh dulu men meriam bulu je..tpi style lawn perang-perang dgn kmpg sebelah..siapa plingk uat dentuman..pergh mmg terbaik..Hahah tpi skrg dh x de ..
huiyoooo...
@brader lang, best sebab tinggal kampung. kami tinggal kat bandar ni tengok mercun sape paling power. heee
@Nadia, macho giler kan? wahahaha
rindu nak main merun roket...best woo!
Post a Comment