Okay nak dipendekkan citer mak aku dah start bebel-bebel bila nak ajak kawan beraya rumah aku. Boleh je tapi orang tengah busy baca buku, ye lah diorangkan rajin bukan macam aku pemalas. Nak-nak tengah trial sebulan kan? Ada masa ke? Aku pun malas. Sediakan kuih. Air. Makanan. Ergghhh, rasa malas!
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 55. I'm proud to be Malaysian! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Friday, 31 August 2012
Tuesday, 28 August 2012
Cinta
Seringkali aku dengar masalah cinta yang diluahkan oleh rakan-rakan. Tak terlepas juga dari alam maya. Tapi aku tak boleh tolong, sebab aku tak mengalaminya.
Cinta tu sakit, happy, sedih, pahit. Aku, tak rasa semua benda tu. Aku tak macam nak rasa pun benda tu.
Kadang-kadang aku pelik, kenapa diorang frust sangat bab bercinta ni? Tapi aku padamkan sumer perasaan tu. Takut aku dapat karma pulak.
Kat sekolah, takde sorang pun yang aku minat. Hah pelik? Memang tak pelik. Sebab macam tah hape-hape.
Mungkin sebab aku tak nak sesakkan hati. Mungkin aku tak busy body. Mungkin aku cuma buat hal aku. Ada certain manusia je faham pasal aku.
Kadang-kadang aku boleh berubah watak. Tak semua orang tu boleh jangka apa yang aku lakukan seterusnya.
Nak kata aku innocent tak pernah bercinta, tak semua manusia yang tak kapel tu innocent.
I've told to myself, stay cool whenever you are. Cayelah cakap aku, being cool is great. Cool tak misteri, cool itu cool. Takde istilah yang boleh gantikan makna perkataan cool tu.
Aku ada member yang ada masalah frust giler giler pasal lep lep ni. Apa yang aku boleh cakap...
"Pak Cik Pijan, stay strong. Paling penting stay COOL." :DD
Oh jangan pelik, aku suka panggil orang pak cik. Tak kira laki atau pompuan.
Thursday, 23 August 2012
28 Ogos 2012, Hari Selasa
Assalamualaikum,
Hey, ini sebenarnya quick post dari aku. Memandangkan raya tahun ni tak macam raya, so takde post pasal hari raya. Tapikan, korang tau tak apa kaitan tarikh kat atas ni? Tarikh ini lah yang bakal memecahkan jantung kami apabila memasuki dewan peperiksaan. Hari selasa minggu depan mangsa-mangsa SPM akan menduduki peperiksaan. Bukan SPM weh, trial. Tapi apakan daya bila aku start memikirkan trial perkataan susah terlintas pada fikiran aku.
Bahasa Malaysia kertas 1 membuatkan hati aku resah, biasanya bila aku jawab aku akan mula dengan bahagian B. Nak dapat markah lebih kat situ konon. Isi-isi penting aku tulis kat tepi kertas. Pastinya aku takkan buat peta minda bulat-bulat yang selalu cikgu cadangkan. Kerana aku rasakan itu mitos semata-mata. Bila dah ada isi, mula terpikir ayat untuk buat karangan. Start ni la yang paling buat aku susah hati. Idea punya la banyak mencurah-curah tapi tak reti nak buat ayat dan huraikan. Habis buat pendahuluan dan isi pertama, aku pindah kepada bahagian A sementara merangka ayat-ayat untuk bahagian B. Bila dah masuk kat bahagian A, jawab ajelah apa yang patut.
Sepanjang seminggu ni aku tak belajar langsung. Ada kemungkinan aku terlupa cara kira-kira yang cikgu aku dah ajar. So balik rumah terus buat latihan math. Cikgu aku kata fokuskan lebih kat kertas 2 sebab situ banyak markah. Kertas 1 cikgu tak ajar sebab dia tahu kite orang takkan dapat jawab. Aku tengok cikgu aku macam putus harapan nak mengajar je. So kertas 1 cincai-cincai je lah, kertas 2 no problem. Cuma bila masuk part transformation mula la hati rasa to leave that question and go on~
Sekarang aku kat kampung hanya dengan berbekalkan modul pintas SPM sejarah 2012. Aku anti giler dengan subjek ni, sebab tu aku bawak kot. Hahaha. Ni hari khamis baru start hafal, aku rasa patut kot. Sebab aku ni seorang yang cepat ingat bila hafal, tapi cepat lupa kalau benda yang di hafal itu dah terlalu lama. Haih sejarah.......
Oke babai.

Tuesday, 7 August 2012
Novel Review: Murtad by Hasrul Rizwan
Assalamualaikum w.b.t. kepada semua blogger-blogger yang terserempak blog ni. Mekasih datang blog kite, nanti kite terjah blog awak tau. :D
Ehem ehem, hari ini buat pertama kalinya ehem dalam sejarah aku nak review novel. Ehem buku pertama Fixi yang aku beli ehem ehem ehem dan ehem. Kaki terketaq-ketaq jugak nak review ni, maklumlah pestaim. Walaupun dah banyak novel aku habis pulun tak pun separuh pulun tapi ni pestaim weh. Dah tu pulak novel yang bercirikan pulp fiction. Pasal selama ni aku baca novel jiwang komedi. Dah cakap banyak-banyak ni wa tak tau nak mula dari mana. JILAKE.
sebat gambar dekat gugel
Mai mai baca dulu sinopsis.
Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.
Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka. Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelan liur.
"Kerja gila apa sebenaqnya ni... ha??" Akhil bertanya keras.
"Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir dan apa yang kamu lihat sekarang."
"Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?"
"Ya."
"Nakharrom."
"Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD."
Kisah 2 kembar seiras yang bernama Adam dan Akhil berasal dari Utara datang ke Ki Il untuk cari kerja. Banyak la insiden berlaku kat mereka berdua ni. Mereka berdua ni diberi tugasan untuk membunuh orang-orang murtad. Hah apa yang aku suka pasal novel ni kan, jalan cerita yang tak berat sangat tapi masih mampu membuatkan aku berdebar-debar macam orang giler untuk ketahui kisah selanjutnya. Diorang pakai loghat utagha. Tuuuu diaaaa mula-mula aku agak blank jugakkan tapi lama-lama dah sebati dalam diri aku ni. Dan aku perasan kembaq 2 ekoq ni selalu sebut 'Nakharrom' dan 'Dejey'.
Last aku bagi novel ni 5 bintang! Tapi ending dia macam tergantung. Aku masih tertanya-tanya apa yang terjadi dengan pada abang Pos Laju bernama Joe tu sebenarnya? Jeng jeng jeng mungkin akan keluarnya Murtad 2. Mana la tahukan? Ewah suka hati kau je.
Dah itu jelah aku boleh citer. Kang pepanjang tulis boleh spoil jadinya, walaupun tak panjang mana pun ulasannya. Pada mereka yang belum beli, aku sarankan korang beli. Siyes tak rugi. Harga pun cuma RM19.90. Beli online je senang brader, ko order, bank in duit, abang pos laju hantar and done.
*Dalam kesempatan ini aku nak ucapkan tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei yang berjaya meraih pingat silver untuk Malaysia. Takpe Chong Wei, tak menang pingat emas takpe. Sebab anda sendiri itu emas bagi kami semua, and we are so proud of you. An ESPN commentator said this: "Skills win you medals, but attitude wins hearts". True story bro.

Friday, 3 August 2012
SEGMEN : Kad Hari Raya Eksklusif by mrpetak.com
Assalamualaikum.
Dulu-dulu kalau bab pose ni memang aku suka sangat. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan macam ready menempuh dugaan dengan melanggar orang untuk cari makanan berbuka. Pergh, dia punye peluh, panau, daki. Pastu aku kena tinggal sorang-sorang, cangkung kat sebelah kedai sambil menguis-nguis tanah. Mak aku pun dah melesap entah ke mana. Sekarang aku dah taubat nak pergi bazaar, kena fikir banyak kali dulu. Nak berbuka tu paling tak boleh blah biler tunggu depan tv tunggu azan maghrib. Keluar pulak citer Diary Ramadhan Rafique. Mana citer tu kan? Rindu pulak aku nak tengok budak Perancis tu cakap-cakap dalam hati. Haaaaaaa.
Kopak duit sendiri beli bunga api kucing dan pop-pop adalah sangat wajib bagi aku. Eh tak, ape barang main bunga api, aku main bom dengan mercun jelah baru macho. Aku perempuan yang sungguh perasan macho.
Antara mercun yang paling fofular adalah mercun gasing, mercun bola, mercun lebah, mercun ketupat, mercun naga, mercun ROKET dan etc. Bagi kiteorang dulu, mercun gasing adalah mercun yang paling low-class sebab tak menakut dan tak mengujakan sangat.
Mercun bola. Jumpa kat Mr. Google.
Aku tak takut dengan mercun bola tapi bunyinya menyakitkan telinga. Penipu. Aku kalau nampak adik aku dengan partner kesayangan die jer yakni cousin die bakar mercun bola tu, aku terus cabut lari menyorok belakang langsir sambil tutup telinga. Tapi mata tak lari dari pandang bola tu.
Mercun lebah.
Ingat lagi masa kecik-kecik bako benda ni lepas tu lari sebab takut kene kejar. Padahal benda tu pusing-pusing jer. Aku masih nak tahu kecelakaan menate beghuk mane yang kate benda tu kejar-kejar orang.
Mercun ketupat.
Sama jugak macam mercun bola. Kot?
Mercun naga.
Mercun paling wajib dibeli. Setiap rumah mesti ada mercun ni. Lepas bako haruslah baling kat tengah jalan raya, bila ade motor datang cuak-cuak nak lalu situ. Ade orang pernah kena tapi tak pernah meletup lagi.
Mercun roket.
Mercun yang dikatakan high class. Dan disebabkan termakan kata-kata itulah aku beli. Seikat dapat dalam 10 harga baru RM 3.00 pergh murah betul. Sekali seumur hidup ahhh jangan harap aku nak beli lagi. Beli macam power gile tapi yang tukang mainnya budak-budak laki umah aku.
Bunga api kucing. Tak berasap, tak bahaya dan lawa. Sangat sesuai dijadikan hiasan, sebab boleh bengkokkan besi die dan gantungkanlah kat mana-mana. Ampaian baju pun boleh.
#ade sekali tu kan masa pergi bazaar aku buat muke monyok sebab nak beli mercun mahal-mahal. mak aku tarik pergi sana sini aku masih lagi buat muke protes. jilake punya anak. har har har.
Thursday, 2 August 2012
Sangat hebat
Assalamualaikum!
Mimpi hape entah sampai rajin nak nak update story. Sebenarnya aku dapat ilham topik yang aku akan cakap-cakap kat sini jap lagi. Mari-mari aku nak share satu interest aku tentang watak dalam sesuatu cerita. Tak kesah kartun, anime, drama, movie, etc. Tapi, paling ketara aku rasa side aku lebih kepada watak nombor 2 atau watak pembantu. Bukan aku kata watak utama tak bagus, bagi aku watak-watak pembantu lebih menghidupkan lagi jalan citer.
Song Joong Ki sebagai Gu Yong Ha dalam K-drama Sungkyunkwan Scandal. Comelkan dia? Dia selalu sebut "I'm Gu Yong Ha." Bangga memang gila bangga. Dengan watak playboy dia, suka usik orang sana sini. Entahla, aku tak boleh nak describe. Kalau tengok drama tu, masuk part Yong Ha sure asyik senyum je. Sebab aku rasa dia ni unique. Takde orang boleh main watak Yong Ha sehebat Joong Ki.
Yoo Ah In main watak Moon Jae Shin sama dalam drama Sungkyunkwan Scandal. Nampak tak kat situ? Karakter pembantu selalunya tenggelamkan watak utama. Moon Jae Shin aka Crazy Horse best friend kepada Yong Ha. Dia ni selalu tidur. Atas pokok pun jadi weh. Time cikgu ajar pun die boleh bantai membuta. Dia tak boleh nampak perempuan, sebab dia akan tersedu. Hah pelik gilakan? Tak lupa skill ninja memanah dia hebat!
Death The Kid dalam anime Soul Eater. Muka dia siyes habis tak bro? Die ni anak Shinigami iaitu pengetua Death Weapon Meister Academy. Paling tak boleh blah bapak die ni bukanlah manusia seperti anaknya. Dan bapak dia agak sengal sikit. Death The Kid ni sangatlah obses kepada benda yang perfect. Dia akan pastikan semua benda nampak kemas dan symmetrical. Dia tak boleh nampak benda yang tak perfect. Kalau bingkai gambar kat dinding senget dia akan betulkan sampai tegak. Dia ada dua partner Liz dan Patty yang boleh berubah bentuk jadi pistol dan cannon.
Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Satu-satunya watak utama yang aku suka. Aku suka cara dia jalan. Dalam setiap situasi dia nampak takde perasaan. Walaupun die ni kapten lanun tapi perangai dia pelik-pelik. Aku rasa tak payah la cerita lebih lanjut, sebab tipu la kalau ada yang tak tahu siapa Jack Sparrow ni.
Itu je la aku boleh list kan. Banyak je sebenarnya tapi cukup la. Sekarang boleh bookmark page ni. Hahahaha!

Yang muda kena hormat yang tua.
Assalamualaikum.
Selamat menyambut bulan Ramadhan. Hip hip phuihhhh...! Dah masuk hari yang ke tiga belas berpuasa baru nak ucap. Sorry babe, rasa hidup macam hilang arah tanpa tujuan bila SPM nak dekat. Konon-kononnya baru sempat nak jenguk blog walaupun hari-hari online facebook. Tapi takpe, asal ucapan tu ikhlas. Kau boleh toreh dada dan scan kalau tak puas hati.
Ni guwa nak citer pasal adab la. Wahhh kau, Pendidikan Agama aku tak bagus mana pun. Tapi kalau bab adab boleh je score, sebab tak payah sengsara baca buku. Cuma bagi jawapan yang masuk akal.
Selalu bila bukak topik tentang adab menghormati mesti ramai anggap yang kita kena respek orang tua. Betullah jugakkan? 'Yang tua dihormati yang muda disayangi' Kata-kata yang selalu ustazah aku sebutkan. Sebab itu jugak apa yang aku diajar masa sekolah dulu dan masih dipraktikkan sampai.. sekarang.. kot?
Aku rasa statement ni macam mitos semata-mata je, sebab pada pandangan aku, kalau orang tu hormat kita baru la kita hormat dia dan boleh dibuat geng. Sama macam dia, kita hormat dia, dia hormat kita balik. Tak tau la korang berfikiran macam aku gak ke tak.
Cuba pikirkan, kalau orang tua tu kuanghajo dengan kita, aku tak rasa macam nak hormat dengan dia pun. Tak rasa pun macam nak senyum-senyum sengih seghopa beruk mak yeh kat die. Aiseh aku citer pepanjang ni kau paham tak? Aku tak gheti nak explain secara lebih detail.
So kesimpulannya wahai kakak, abang, adik, makcik, pakcik dan tak lupa jugak wahai kau datuk dan nenek! Kita kenalah hormat antara satu sama lain tak kira agama, lain bangsa, lain kulit warna, lain umur, lain species aku tak tahu termasuk ke tak.
-Yang dihormati akan dihormati-

Subscribe to:
Posts (Atom)